Tuesday 20 March 2018

Alpa

Sesungguhnya kita berada di dunia yang fana. Dunia yang penuh dengan fatamorgana. Fatamorgana yang menghayalkan membuat insan menjadi lupa dan alpa.Kealpaan yang membuatkan kucing menganjing dan anjing mengiau.

Kadang tertanya adakah mereka sedar?
 Sedarkah mereka berpijak api membakar?
 Atau fatamorganakah yang bersalah?
Atau putaran waktu harus berhenti membiarkan manusia terhenti di mana mereka berdiri?

Sesungguhnya insan itu semula jadinya alpa. Tapi adakah itu lesen untuk berada dalam kesesatan? Adakah jasa menjadi tiket untuk bebas berdosa?

Jika jasa menjadi lesen kepada dosa adakah yang menganiaya akan terus menganiaya dan yang teraniaya terus bersalut daki duri?

Sesungguhnya tika ini hati kosong namun resah bagai ada sesuatu yang perlu dikejar. Tapi bagai dipaku dikerusi diri terus teralpa mengenang nasib yang tiada perhitungan. Mungkin hari ini akhir mungkin esok bermula.

Kaca dan permata,gong neraka dan mambang. Lantang manusia bersuara membenih bukti mereka suci dari debu dosa. Sedangkan hakikat mereka tahu hati sendiri lagi hitam dari longkang masjid india.

Namun itulah resmi manusia yang bercinta alpa.

Sunday 17 September 2017

New Life, New Adventure...

Assalamualaikum, Hai 

Dah lama tak membebel kat sini.. Dah bersawang dah tempat ni..
Masuk harini dah dua minggu aku bergelar seorang pelajar universiti.. Universiti mana? Cubalah teka.. hahaha..Uni aku ni penuh kontroversi.. Sebelum aku masuk pun dah meletup letup kontroversinya.. Bila dah masuk pon ada kontroversi.. Pening jugak kepala aku nak melayan.. Kadang2 rasa nak mengalah..Tapi aku sedar yang perjalanan aku masih jauh..

Dalam 2 minggu aku kat sini macam2 dah jadi kat aku.. Aku rasa kalau hati aku tak kental memang awal2 aku dah cabut dari sini.. Yelah cuba bayangkan kalau kau ada kat tempat aku, baru hari ketiga kau dah di diagnosis dengan penyakit kronik yang kau tak pernah tahu kau ada? Masa awal2 tahu tu memang hari2 aku menangis sebab takut,sedih,marahh dll... serious aku tak tipu.. Aku rasa dunia aku gelap sekejap. Tapi aku bersyukur dalam gelap yg melanda masih ada tangan yg sudi memimpin tolong aku bangun dan perlahan lahan keluar dari gelap ni

Honestly banyak aku nak bebel.. tapi lain kalilah... mood aku dah terbang..hahaha.. semua disebabkan '' gadis bawang''.. siapa dia gadis bawang? stay tuned guyss... byee

Tuesday 20 June 2017

Air mata yang tiada harga

Kadang aku terfikir kenapa aku jadi macam ni. Yg dirancang,yang diharap lain tapi yang jadi lain. Berlagak kuat tapi dalam diam menangis sendiri. Tak tahu sampai bila mampu bertahan. Air mata terus mengalir macam tiada harga. Aku bukanlah seorang yang kuat menangis. Tapi sejak dari tu air mata tak segan nak mengalir keluar.. Kadang sampai terbawa dalam tidur.. Kadang malam menangis bagai nak rak, sampai bengkak mata tapi bila pagi tiba aku lah orang pertama yang ketawa. Aku yg buat orang lupa kekusutan dia.. Orang ingat aku bahagia tanpa ada masalah.. Tapi hakikat dalam ketawa ni aku menangis tak berhenti..
Kadang aku tertanya sampai bila air mata ni nak mengalir sedangkan tiada yg peduli.. Mungkin sampai aku kembali jadi macam dulu tiada perasaan,tidak ambil kisah tentang dunia. Mungkin bila sampai masa air mata yang tiada harga ini akan terhenti dan  satu hati menjadi batu yg tiada rasa.

Tuesday 25 April 2017

Do you?

Do you ever love someone badly that you cant imagine your life without him? But at the same time you know that it is the best to let him go.. Am I selfish for not letting him go? I know he feel the same way that I feel.. Why does it is so hard? I've face the same situation before but I never felt like this before..

It hurts badly

Saturday 25 February 2017

Fobia vs Anti

Assalamualaikum peeps🙋

Miss me? 😙

Yes? Auch sweet💚

No? I dont care. Hahahaha😜

Harini aku nak bebel pasal fobia aku kat lelaki...

Aku ulang FOBIA LELAKI

Ya. satu fobia yang pelik sebab keliling aku ramai lelaki & aku ada seorang buah hati yang aku sayang gila bab***👫

Semua mula bila aku nyaris jadi mangsa anak pengasuh aku.. Masa tu aku kecik lagi.. Mangkuk tu dah umur dalam 20tahun kot masa tu.. Tapi alhamdulillah aku dapat lari😿...

Dan jugak lelaki sekeliling aku yang perangainya buat aku fobia😥.. Ada yang sepatutnya jadi pelindung tapi membunuh dalam senyap🚬.. Dan beberapa isu lagi..semua buat aku fobia.. Lagi bila air mata orang keliling aku tak berhenti..

Fobia ni ubah aku jadi seorang yang kasar.. Hahaha taklah kasar mana padahal.. Tapi kasar lah jugak💁.. Ada berapa tahun aku tak boleh dekat dengan lelaki🙅,kalau tak nanti kaki tangan aku naik.. Siapa yg kenal aku masa sekolah rendah dulu mesti ingat aku keje dok pukul orang.. Hahahaha😅.. Ketua Pengawas Gangster,, tu nickname aku😎..

Masuk sekolah menengah aku mula slow down.. Aku belajar yang tak semua lelaki sama👨.. Masih ada yang baik.. Dan kat mana2 pon ada lelaki yang luka sebab perempuan & perempuan yg luka sebab lelaki👭👬👫.. Dan aku tak boleh nak samakan semua orang semata sebab masa silam aku n semata sebab apa yang sedang aku lalui.. Dan seburuk apapun seseorang itu, tetap dia ada kebaikannya jugak.. Macam aku sendiri yang taklah 100% baik.. Khilaf aku sendiri banyak tak terkira.. Cuma tu lah.. Allah sorok alhamdulillah😊..

Dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? Hahahaha.. Kalau tak dapat stay tuned utk episode seterusnya.. Sebab aku dah mengantuk gila ni😪..

Nite peeps
Assalamualaikum😉
~anahanan~

Monday 13 February 2017

Stress

Assalamualaikum & Hye peeps

Harini aku nak bebel pasal stress.. Ye stresssss😣...

Kalau korang tengok kat gambar tu dia tunjuk level stress aku tu tahap extreme.. Hahaha.. Mesti terkejut an, baru umur 20 tapi stress dah macam apa.. Tapi sebenarnya aku tak tahu aku stress pasal apa..

Some says it just an app so dont bother bout it.. But actually, kalau aku check kat doctor pon tahap stress sama jugak.. Sebab aku dah pernah check lebih 3-4kali.. Tekanan darah aku pon tak menentu.. Kadang tinggi gila kadang rendah gila.. Doktor pelik ngan aku.. Tapi dari simptom yg ada doktor conclude aku punya tahap stress yg melampau tinggi yg buat kesihatan aku mcm tak tentu ni.. N kalau aku tak kawal takut mudaratkan diri..

The thing is,
Bukan aku tanak kawal.. Aku dah cuba & aku tengah usaha.. Certain doctor suruh amik ubat tapi aku tanak.. Sebab aku tak suka ubat.. Hahaha.. Aku lagi suka baik sendiri..

Kadang aku tak tahu apa yg buat aku stress, mungkin benda2 ni kot:
1. Stress tengok result stpm.. Aku dah belajar bagai nak mati tapi result cam tu..
2. Stress pasal upu
3. Stress keje
4. Stress macam mana nk hadap parents  dengan result mcm tu
5. Stress takut buah hati lari.
6 dlll

K yg no 5 tu takleh blah betul..hahaha

Banyak jugak sebab aku stress.. Hahahaa.. Gotta to find a way to overcome all of that.. Kesihatan pon dah tak tentu ni.  Kang jadi macam dulu kena tahan kat sebab ni buat naya je.. Hahahaha

#sambung nanti
Tata peeps

Bahagia? Derita? Dengki?

Dalam hidup ni ada banyak dugaan..
Dalam setiap dugaan ada terpalit kebahagiaan dan begitu juga dalam setiap kebahagiaan akan terpalit dugaan..
Ada orang kata bahagia itu perlu dikongsi supaya semua dapat tempiasnya juga.. Tapi hakikat realiti tak semua orang bahagia melihat kita bahagia.. Kadang-kadang kebahagiaan kita tu penderitaan bagi orang lain dan kadang kebahagiaan orang derita kita..

Kadang tu orang yang sakit melihat kebahagiaan kita tu bukan sebab dia iri hati dengan kita.. Tapi mungkin kita yang secara tak sedar dah rampas kebahagiaan dia.. Hahahaha.. Ok statement mcm pelik je an.  Tapi tu lah realiti..

Kadang kita tak sedar yang kita dah lukakan hati orang.  Kadang kita rasa macam kita je yang selalu terluka.. Tapi dalam tak sedar kita ni banyak lukakan hati orang jugak.

Nama pun manusia memang tak lepaslah dari buat dosa.. Maybe kadang kita rasa kita tak buat apa2 tapi orang jadi tak puas hati dengan kita tiba2.. Kita ingat dia dengki dengan apa yg kita ada.. Tapi cuba muhasabah diri balik.. Mungkin ada dosa2 yang tersembunyi yg dalam tak sedar kita buat sampai sakitkan hati orang..

Setiap sesuatu yg berlaku ada asbabnya..

Ok peeps sekian
~ana hanan~