Tuesday, 20 March 2018

Alpa

Sesungguhnya kita berada di dunia yang fana. Dunia yang penuh dengan fatamorgana. Fatamorgana yang menghayalkan membuat insan menjadi lupa dan alpa.Kealpaan yang membuatkan kucing menganjing dan anjing mengiau.

Kadang tertanya adakah mereka sedar?
 Sedarkah mereka berpijak api membakar?
 Atau fatamorganakah yang bersalah?
Atau putaran waktu harus berhenti membiarkan manusia terhenti di mana mereka berdiri?

Sesungguhnya insan itu semula jadinya alpa. Tapi adakah itu lesen untuk berada dalam kesesatan? Adakah jasa menjadi tiket untuk bebas berdosa?

Jika jasa menjadi lesen kepada dosa adakah yang menganiaya akan terus menganiaya dan yang teraniaya terus bersalut daki duri?

Sesungguhnya tika ini hati kosong namun resah bagai ada sesuatu yang perlu dikejar. Tapi bagai dipaku dikerusi diri terus teralpa mengenang nasib yang tiada perhitungan. Mungkin hari ini akhir mungkin esok bermula.

Kaca dan permata,gong neraka dan mambang. Lantang manusia bersuara membenih bukti mereka suci dari debu dosa. Sedangkan hakikat mereka tahu hati sendiri lagi hitam dari longkang masjid india.

Namun itulah resmi manusia yang bercinta alpa.

Sunday, 17 September 2017

New Life, New Adventure...

Assalamualaikum, Hai 

Dah lama tak membebel kat sini.. Dah bersawang dah tempat ni..
Masuk harini dah dua minggu aku bergelar seorang pelajar universiti.. Universiti mana? Cubalah teka.. hahaha..Uni aku ni penuh kontroversi.. Sebelum aku masuk pun dah meletup letup kontroversinya.. Bila dah masuk pon ada kontroversi.. Pening jugak kepala aku nak melayan.. Kadang2 rasa nak mengalah..Tapi aku sedar yang perjalanan aku masih jauh..

Dalam 2 minggu aku kat sini macam2 dah jadi kat aku.. Aku rasa kalau hati aku tak kental memang awal2 aku dah cabut dari sini.. Yelah cuba bayangkan kalau kau ada kat tempat aku, baru hari ketiga kau dah di diagnosis dengan penyakit kronik yang kau tak pernah tahu kau ada? Masa awal2 tahu tu memang hari2 aku menangis sebab takut,sedih,marahh dll... serious aku tak tipu.. Aku rasa dunia aku gelap sekejap. Tapi aku bersyukur dalam gelap yg melanda masih ada tangan yg sudi memimpin tolong aku bangun dan perlahan lahan keluar dari gelap ni

Honestly banyak aku nak bebel.. tapi lain kalilah... mood aku dah terbang..hahaha.. semua disebabkan '' gadis bawang''.. siapa dia gadis bawang? stay tuned guyss... byee

Tuesday, 20 June 2017

Air mata yang tiada harga

Kadang aku terfikir kenapa aku jadi macam ni. Yg dirancang,yang diharap lain tapi yang jadi lain. Berlagak kuat tapi dalam diam menangis sendiri. Tak tahu sampai bila mampu bertahan. Air mata terus mengalir macam tiada harga. Aku bukanlah seorang yang kuat menangis. Tapi sejak dari tu air mata tak segan nak mengalir keluar.. Kadang sampai terbawa dalam tidur.. Kadang malam menangis bagai nak rak, sampai bengkak mata tapi bila pagi tiba aku lah orang pertama yang ketawa. Aku yg buat orang lupa kekusutan dia.. Orang ingat aku bahagia tanpa ada masalah.. Tapi hakikat dalam ketawa ni aku menangis tak berhenti..
Kadang aku tertanya sampai bila air mata ni nak mengalir sedangkan tiada yg peduli.. Mungkin sampai aku kembali jadi macam dulu tiada perasaan,tidak ambil kisah tentang dunia. Mungkin bila sampai masa air mata yang tiada harga ini akan terhenti dan  satu hati menjadi batu yg tiada rasa.

Tuesday, 25 April 2017

Do you?

Do you ever love someone badly that you cant imagine your life without him? But at the same time you know that it is the best to let him go.. Am I selfish for not letting him go? I know he feel the same way that I feel.. Why does it is so hard? I've face the same situation before but I never felt like this before..

It hurts badly

Saturday, 25 February 2017

Fobia vs Anti

Assalamualaikum peeps🙋

Miss me? 😙

Yes? Auch sweet💚

No? I dont care. Hahahaha😜

Harini aku nak bebel pasal fobia aku kat lelaki...

Aku ulang FOBIA LELAKI

Ya. satu fobia yang pelik sebab keliling aku ramai lelaki & aku ada seorang buah hati yang aku sayang gila bab***👫

Semua mula bila aku nyaris jadi mangsa anak pengasuh aku.. Masa tu aku kecik lagi.. Mangkuk tu dah umur dalam 20tahun kot masa tu.. Tapi alhamdulillah aku dapat lari😿...

Dan jugak lelaki sekeliling aku yang perangainya buat aku fobia😥.. Ada yang sepatutnya jadi pelindung tapi membunuh dalam senyap🚬.. Dan beberapa isu lagi..semua buat aku fobia.. Lagi bila air mata orang keliling aku tak berhenti..

Fobia ni ubah aku jadi seorang yang kasar.. Hahaha taklah kasar mana padahal.. Tapi kasar lah jugak💁.. Ada berapa tahun aku tak boleh dekat dengan lelaki🙅,kalau tak nanti kaki tangan aku naik.. Siapa yg kenal aku masa sekolah rendah dulu mesti ingat aku keje dok pukul orang.. Hahahaha😅.. Ketua Pengawas Gangster,, tu nickname aku😎..

Masuk sekolah menengah aku mula slow down.. Aku belajar yang tak semua lelaki sama👨.. Masih ada yang baik.. Dan kat mana2 pon ada lelaki yang luka sebab perempuan & perempuan yg luka sebab lelaki👭👬👫.. Dan aku tak boleh nak samakan semua orang semata sebab masa silam aku n semata sebab apa yang sedang aku lalui.. Dan seburuk apapun seseorang itu, tetap dia ada kebaikannya jugak.. Macam aku sendiri yang taklah 100% baik.. Khilaf aku sendiri banyak tak terkira.. Cuma tu lah.. Allah sorok alhamdulillah😊..

Dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? Hahahaha.. Kalau tak dapat stay tuned utk episode seterusnya.. Sebab aku dah mengantuk gila ni😪..

Nite peeps
Assalamualaikum😉
~anahanan~

Monday, 13 February 2017

Stress

Assalamualaikum & Hye peeps

Harini aku nak bebel pasal stress.. Ye stresssss😣...

Kalau korang tengok kat gambar tu dia tunjuk level stress aku tu tahap extreme.. Hahaha.. Mesti terkejut an, baru umur 20 tapi stress dah macam apa.. Tapi sebenarnya aku tak tahu aku stress pasal apa..

Some says it just an app so dont bother bout it.. But actually, kalau aku check kat doctor pon tahap stress sama jugak.. Sebab aku dah pernah check lebih 3-4kali.. Tekanan darah aku pon tak menentu.. Kadang tinggi gila kadang rendah gila.. Doktor pelik ngan aku.. Tapi dari simptom yg ada doktor conclude aku punya tahap stress yg melampau tinggi yg buat kesihatan aku mcm tak tentu ni.. N kalau aku tak kawal takut mudaratkan diri..

The thing is,
Bukan aku tanak kawal.. Aku dah cuba & aku tengah usaha.. Certain doctor suruh amik ubat tapi aku tanak.. Sebab aku tak suka ubat.. Hahaha.. Aku lagi suka baik sendiri..

Kadang aku tak tahu apa yg buat aku stress, mungkin benda2 ni kot:
1. Stress tengok result stpm.. Aku dah belajar bagai nak mati tapi result cam tu..
2. Stress pasal upu
3. Stress keje
4. Stress macam mana nk hadap parents  dengan result mcm tu
5. Stress takut buah hati lari.
6 dlll

K yg no 5 tu takleh blah betul..hahaha

Banyak jugak sebab aku stress.. Hahahaa.. Gotta to find a way to overcome all of that.. Kesihatan pon dah tak tentu ni.  Kang jadi macam dulu kena tahan kat sebab ni buat naya je.. Hahahaha

#sambung nanti
Tata peeps

Bahagia? Derita? Dengki?

Dalam hidup ni ada banyak dugaan..
Dalam setiap dugaan ada terpalit kebahagiaan dan begitu juga dalam setiap kebahagiaan akan terpalit dugaan..
Ada orang kata bahagia itu perlu dikongsi supaya semua dapat tempiasnya juga.. Tapi hakikat realiti tak semua orang bahagia melihat kita bahagia.. Kadang-kadang kebahagiaan kita tu penderitaan bagi orang lain dan kadang kebahagiaan orang derita kita..

Kadang tu orang yang sakit melihat kebahagiaan kita tu bukan sebab dia iri hati dengan kita.. Tapi mungkin kita yang secara tak sedar dah rampas kebahagiaan dia.. Hahahaha.. Ok statement mcm pelik je an.  Tapi tu lah realiti..

Kadang kita tak sedar yang kita dah lukakan hati orang.  Kadang kita rasa macam kita je yang selalu terluka.. Tapi dalam tak sedar kita ni banyak lukakan hati orang jugak.

Nama pun manusia memang tak lepaslah dari buat dosa.. Maybe kadang kita rasa kita tak buat apa2 tapi orang jadi tak puas hati dengan kita tiba2.. Kita ingat dia dengki dengan apa yg kita ada.. Tapi cuba muhasabah diri balik.. Mungkin ada dosa2 yang tersembunyi yg dalam tak sedar kita buat sampai sakitkan hati orang..

Setiap sesuatu yg berlaku ada asbabnya..

Ok peeps sekian
~ana hanan~

Tuesday, 17 January 2017

Missing them

Teacher rindu korang... Belajar elok2 tau.. Cikgu doakan semua berjaya dunia akhirat.. Maaf sbb cikgu pergi macam tu je.. Hmm.. 

Monday, 16 January 2017

Tadika

Assalamualaikum & Hye peeps

Its been a while.. Hahaha.. Today is my fourth day to work here as a "bus clerk"..  Hahaha..

Bila tak ada customer duduk sorang2 melongo.. Bila ada customer baru ada keje...

Act, sebelum ni aku kerja kat tadika.. I love my job.. Tapi gaji tak berbaloi & aku rasa ditipu so aku cabut.. Aku sayang tadika tu, aku sayang anak2 murid aku kat situ.. Sumpah aku sayang gila.. Sampai sekarang aku masih rindu kat diorg.. Tapi aku kena sayang diri sendiri jugak..

Sebelum aku berhenti & sampai sekarang aku terfikir macam ni,
Anak2 aku ok tak,
Cikgu baru tu lipatkn tangan baju tak time diorg makan, Diorang dah pandai baca sikit belum, Anak2 aku tu cerah je aku tengok.. Seronok mengajar diorg..
Tapi kadang act bukan kadang selalu jugak aku angin dengan diorang.. Ada je nk buat aku angin..
Tapi aku sayang sangat kat diorang.. Hahaha
Sayang gila kot..
Boleh nangis bila ingat kat diorang..

Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni.. Tapi aku rasa rindu sangat kat diorang.. Walaupun sekejap je masa aku ngan diorang tapi masa hari last tu aku sedih gila.. Rasa macam nk peluk diorang & tanak lepas😂..

Aku harap diorang akan dapat cikgu yg lebih baik & pihak pengurusan bertaubat daripada menganiaya staf & pelajar.. Kalau tak selamat melingkuplah tadika tu😌..

Emm🚶

Saturday, 7 January 2017

Its been a while

Its been a while since my last update, but Im here today💁..

Actually I am not in a very good state right now🌚..hahaha..since I have nobody to share with so here I am.. I think that nobody is ever gonna read this somaybe it is safe to pour all of it here🌜.. Hahahaha.

Maybe Im acting like a child right now but I cant lie it hurts damn much😞.. Usually I can control my emotion n froze my heart but for some reason I cant..

I know have to hold on but I dont know for how long.. Day by day It keeps bothering me. For a few month I constantly crying because of this person.. Idk why, but I felt like....argh.. Nevermind..

All I knew is that I have to hold on because there is so much to lose if I let this person go.. This person is important to me.. Idk if I can endure the pain of losing again if I let him go because I am already lost.

Thursday, 1 December 2016

🌳

Idk why this think hits me much😂.
Maybe because it is true🍃
Idk.. Hahahaha
I chose a different one but then I change my decision.. N the new one hits me much😂
Hahahaha.. Taktau nak rasa apa sekarang😂

Wednesday, 30 November 2016

Tamat?

Waktu kita disini dah tamat.
Tapi adakah kita juga menemui penamat?
Aku berserah pada Ilahi,
Andai kelmarin pertemuan kita yang terakhir,
Moga nanti jalan yang kita lalui bercantum kembali,
Namun andai tiada rezeki itu,
Ketahuilah yang kau sentiasa dalam doaku.

Cehh jiwang karat.. Hahahaha
Hye peeps
Aku dah habis stpm, dah habis sekolah!
Guess what?
Aku taktau apa yang aku patut rasa sekarang, aku sedih aku rindu,aku happy.
Semalam aku spent time dengan someone yang aku sayang.. Hahaha
Kitorang kawan, but for the time being dia yang paling memahami aku.
Act aku taktau kenapa aku boleh rapat dengan dia. Well aku memang senang masuk dengan lelaki tapi aku tak pernah rasa selamat dengan diorang. Korang faham x? Hahaha..
Kadang aku terfikir, kenapa kami rapat di saat akhir ni.. Rapat bukan rapat biasa... Tapi dah macam orang bercinta.. Hahahaha.. I dont cry for mens even for my ex but I did for him, A LOT.. Dah lebih 10 kali aku nangis sebab dia.. Hahaha.. Dia pon tak nangis sebab perempuan tapi dia nangis utk aku, depan orang ramai n it really touch my heart..

Kadang terfikir adakah ni tanda utk pergi jauh, tapi kami sedar perjalanan masih jauh.. So we'll just follow the flow.. Besides he kinda dah ada buah hati even dia tak bercinta sekarang... So aku tanaklah jadi orang ketiga.. Hahahahaha.. Apapon aku doakan dia bahagia sentiasa..

Monday, 21 November 2016

Terlalu Awal

Aku tak faham tapi aku cuba untuk faham. Kadang aku rasa macam nak rebah dengan semua ujian ni😣. Kadang aku rasa nak putus asa dengan semua ni.. Hahaha tapi aku sedar Hidup ni masih awal nak berputus asa😌.. Hahaha..

Aku bersyukur sebab dalam semua ujian ni Allah bagi aku insan2 yg sangat memahami😙.. Walau aku ni hamba yg selalu ingkar tapi nikmat yang diberi tak pernah putus😔..

Setiap ujian ada hikmah tersembunyi dan kadang ujian itu merupakan nikmat yang tersembunyi😊.. Yakin aku boleh hadapi💪.. Kita semua boleh, insya Allah😆

-Ana Hanan~

Saturday, 19 November 2016

kau tahu?

Kau tahu,
Aku tak minta jadi orang yang senang tahu banyak benda.. Kadang ada benda yang baik aku tak tahu sebab bila aku tahu hati aku berkecai.. Hahaha.. Tapi tulah..

Kadang-kadang aku harap aku ni amnesia supaya aku boleh lupakan semua.. Semuanya termasuk tentang kita.. Sebab aku tak tahu di mana aku berdiri.. Kadang aku rasa aku bodoh.. Tapi aku tak nak lepaskan.. Selagi mampu aku akan terus bertahan.. Tapi sampai masa aku akan pergi.. Mungkin masa tu baru kau perasan.. Tapi masa tu aku takkan kembali lagi.. Hahahahaha..

Tapi aku tak pasti bila masa tu akan tiba atau aku akan selamanya macam ni.. Tapi disebalik semua ini aku tetap pegang janji Ilahi, setiap ujian ada hikmah tersembunyi.

Dan sebab itu aku terus di sini

Friday, 18 November 2016

Langit

Semalam balik daripada perpustakaan aku macam terpukau tengok langit.. Sepanjang perjalanan daripada perpustakaan, kipmart, stesen minyak aku tengok langit je.. Hahaha.. Idk why, but langit semalam cantik gila.. Apparently aku xda gambar nak tunjuk😅.. Sbb masa nak snap tu bateri phone dah habis😂..

Petang semalam hujan lebat, tapi langit senja masih bewarna warni n matahari masih besinar.. Ceh ayat aku.. Hahahaha.. Tapi wallahi langit semalam tu memang cantik.. Cantik sangat.. Tenang je aku tengok.. Hahaha

Dalam aku tengok langit tu aku terfikir apa yang tengah aku lalui.. Well jalan ceritanya kompleks sama kompleks dengan langit tu.. Sebab apa aku kata sama? Sebab biasa bila hujan langit mendung dengan awan kelabu.. Tapi semalam tak.. Dalam hujan tu langit tetap bewarna warni n masih nampak matahari..Dekat situ aku sedar yang dalam hidup ni walau banyak kali kita menangis or hubungan yang kita jalani tu tengah xstabil itu bukan bermakna pengakhiran yang kelam.. Sebab dari semua ujian yang kita lalui tu kita belajar macam2.. Selalu kita takut utk gembira sebab takut sedih pada akhirnya.. Tapi kita xperasan yg kita juga selalu ketawa n tersenyum bila melihat air mata masa lalu.. Semua  yg berlaku ada hikmahnya.. Dan disebalik yg kompleks tu aku nampak mcm2 yg aku tempuh dengan seseorang walau dalam masa yg singkat.. Risiko tinggi utk teruskan tapi rugi kalau aku lepaskan.. Jadi aku akan terus berpegang sampai masa Allah takdirkan tali ini terputus.. Selagi tidak sampai masa tu selagi tu aku akan pegang walau banyak yg menghalang.. Ye aku degil aku tahu.. Tapi lantaklah.. Hidup bukan selamanya n aku nak nikmati sisa2 hidup ni sebaiknya dengan orang yang aku sayang.. K cliche ayat aku.. Hahahaha

Sebab ni jugak template blog aku tukar.. Hahaha.. Bosan satu, satu lagi sebab aku nak template langit.. Tapi xde yang sama dengan langit semalam.. Mcm xde yang sama dengan kitorg.. Kitorg rare.. Hahahaha tetiba..😂..  K nak tido sebelum asar... Evening guys..

Wasalam
~Ana Hanan~

I'm back!

Assalamualaikum..
Hye peeps how are you?🙋.
Its been almost 5years since my last update.. Hahahaha..You know what bila aku baca balik post aku lama2 aku rasa malu gila😂..
Kenapalah kecik2 dulu tak fikir dulu sebelum nak post apa2 kat blog ni.. Hahahaha.. K tadi aku dah kemas sikit, tukar template yg annoyying tu, buang widget2 yang menyemak dan paling penting aku dah padam hampir 100 post yg memalukan🙈.. Hahahaha..

Ived noticed that my followers dah berkurang.. Hahahaha yelah sapa je nk follow blog berhabuk ni😂.. Utk yg setia n sudi biarkan blog aku dalam list kau aka simpan habuk selama 5tahun ni thankss sngt.. Nnt aku rajin2 post 😳.. K ayat mcm orang batak followers.. Hahahaha..

Btw there is someone yg tinggalkan komen dekat post "Melayu kristian" cakap nak minta info lebih lanjut..K bro benda tu aku dapat 5 tahun lepas.. Hahaha.. Aku dapat daripada cikgu aku.. Aku minta maaf sbb takleh bagi info lebih2 tapi kalau kau nak aku boleh bawak kau jumpa cikgu aku tu.. K.. Apa2 just email💁..

K done with that.. See you next time..
-Ana Hanan-

Tuesday, 18 December 2012

Cantik Vs Cantik

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat..

Sedangkan
 HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,
Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya.

Tariklah perhatian Allah, jangan menarik perhatian lelaki yang tidak halal..

Friday, 18 November 2011

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 
15 E 270 30 E 433 45 E 481

* Percayakah anda!

Apek : Ei, aji aa, lu tak makan itu babi apa pasat?
Kita   : Sebab dalam agama kita tak bagi makan itu binatang ma....
Apek : sikalang aa, lu punya umo sulah belapa taun?
Kita   : Erm...masuk 40 tahun laa, apasat?
Apek : heh heh heh... Lu taw ka, lu sulah makan sattuuu ekor itu binatang manyak busat!
Kita   : Hishhh..kaw apek. Manyak selipar itu mulut. Lu mana tawww, ada nampak kita makan ka?!
Apek : Betut maaa, wa hali2 nampak lu pun makan waarggkhh heh heh heh.....
Kita   : wei, apek..lu aa cakap jangan sebarang cakap aa. Lu punya bini makan babi, nanti lu pulak makan gigi
           (grrrrrr). apa bukti, ha? ha?
Apek : Lu tengok aa. Itu mentega, jajan manyak juai, beskot, cokelat, mashmellow, itu gula2 ada macam span,
           jelly....haiiyyaaaaa wa pun tak taw mau sebut lagi maa. Sinang cakap, makan kasi sedap dan tahan lama,
           itu binatang  mesti mau letak jugak maaa. Apa? Lu tatak makan itu semua ka? Belapa taun lu sulah makan??
Kita   : Sambil melihat Jajan cap baby ditangannya.. (Alamak! - Manufacturing: Apek Sdn bhd.....)

Wednesday, 26 October 2011

10 Kunci Persahabatan


  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Friday, 12 August 2011

Belailah Sahabatmu Dengan Doa

Belailah sahabat anda dengan do’a


Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita. Melainkan ALLAH. Hanya allah saja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Karena ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.

disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang anda itu dengan menyampaikan harap~harap anda kepada ALLAH dengan mendo’akan sahabat anda.

Lafaskan do’a anda untuk sahabat anda. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat anda, serta memberikan berbagai kebaikan terhadap sahabat anda.

Setelah sholat, do’akanlah sahabat anda. Walau pun sahabat anda tidak tahu bahwa anda selalu mendo’akannya. Lafaskanlah do’a anda dengan penuh harap kepada ALLAH. Mohonkanlah ampunan untuk dosa~dosa sahabat anda kepada ALLAH. Sebut namanya dalam do’a anda. Do’akan ia selalu.

Ini sangat indah… sungguh indah…seorang sahabat mendo’akan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang dido’akan tidak mengetahui tentang hal itu..tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan allah saja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa…coba anda perhatikan…! Anda memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat anda tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendo’akan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam islam.


MAAFKAN....!!!!

Seperti yang telah kita ketahui bersama bahwa setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang anda sayangi.

Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang anda sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti anda. Baik itu yang kesalahan yang kecil mau pun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting adalah bagaimana menangapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?

terkadang perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita.mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan anda pagi ini, atau mungkin ia lupa bahwa hari ini adalah hari ulang tahun anda, atau mungkin ia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati anda.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.

Seorang pencuri pun tidak ingin melakukan kesalahan. Ada sebuah kisah tentang pencuri yang ditangkap oleh polisi.

Polisi berkata kepadanya :”disaat kamu mencuri dirumah si fulan, kamu hanya mengambil uangnya, dan tidak mengambil emas dan berliannya. Sebenarnya apa motif anda ?”.

Pencuri itu menjawab :” cukup..,cukup tuan…jangan tuan sebut~sebut lagi kesalahan saya itu.”

Rupanya ia tidak mengambil emas dan berlian bukan karena ada tujuan~tujuan lain.
Melainkan ini merupakan kesalahannya. Ternyata pencuri itu menyesali kesalahannya. Dan ia tidak ingin melakukan kesalahan itu lagi.

Beginilah cara menanggapi kesalahan~kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kita. Disaat ia melakukan kesalahan, yakinkan pada hati anda bahwa ia pun tidak ingin melakukan kesalahan.

Katakana dalam hati anda “mungkin ia lupa..,mungkin ia sedang banyak masalah..,mungkin ia sedang tidak sehat..,mungkin ia sedang sibuk..”,atau kemungkinan~kemungkinan yang lain.

Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat anda. Sangat tidak pantas, anda menghukum bathin seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.

Yang ia mendapatkan hukuman hanya karena ia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.

Maafkanlah…maafkanlah ia..

lafaskanlah dengan lidah anda bahwa anda memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.

Semoga ini dapat melembutkan hati anda dan dapat menyayangi dengan lebih tulus.


SAHABATQ....
KATAKANLAH JIKA AQ BERBUAT KESALAHAN
JANGAN DIAM...
JANGAN BUNGKAM...

AQ INGIN QT TETAP BERSAHABAT SELAMANYA...

LUV ♥ U MY BEST FRIEND'S


MAAFKAN AQ....